Friday, February 24, 2012

Kek Pisang Gebu ros jintan manis

As-Salam...dalam minggu ni ni baru aku leh updated blog! pasal pe.....aku pun xtau pe jadi ngn blog sku ni xleh uplod gambo...ptg ni lak aku cek, ok lak...alahaiiiiiiiiii

nak tayang kek yang aku buat berzamang thn lepas lagi...ekekeke...xsilap dlm bulan 12 kot....citenyar time tu sedara aku dtg dari kg, bwk pisang byk...iaitu pisang berangan @ rastali @ pisang 'jelaa' kalo gelaran kat kg aku la...


mula la aku menggodek kek....aku siap beli bekas kek pisang yang saiz pendek tau...wakakakak...mcm kek pisang kat kedai yang rege Rm5 sebatang tuh!



mak ai naik xhengattt ... terserlah kegaringannya...time ni baru kuar oven....caution !!!  hot hot hot !



selang 5 minti aku kuarkan dari bekas...


selang 20min aku potong....wakakakakkk aku kan jenis xsabo..xsabo nk lihat hasilnya sekaligus merasainya....


perghhh gebu giler koooo....betul kate pemilik resipi ni  ros jintanmanis ... gebu giler !!! phewwww...sedap lak tuuu...


dah byk kali buat kek pisang, baru aku tahu pisang 'jelaa' @ rastali adalah pisang yang paling sesuai dan sedap utk buat kek tau.....sebijik kek pisang Samudera yang duk jual kat kedai2 tauuuuu


potong kecil2, bagi jiran kat ofis, anta tupperware Cik Jue....hehe..



                 
                           krdit : MR. GOOGLE

contoh pisang Rastali @ 'jelaa' kalo gelaran di kg aku......selama ni pisang ni duk mkn gitu jer, sekali buat kek, kena beb !

resp i: u all klik sini k..



Penama Takaful/Insurans : JANGAN LETAK NAMA ANAK !

As-Salam...ade info yang menarik ! saya copy dari http://bigfishteam.wordpress.com/2011/07/07/penama-takafulinsurans-jangan-letak-nama-anak/   ~ meh kite bace samapi abess...

Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini. ”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka. Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saja berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “kurang” percaya kepada suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidak percayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!
Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka. Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas! Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri. Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya. Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah, kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut. Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/nominee-penama
Fatwa tersebut berbunyi;
Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah. Oleh itu, udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah.
Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid. Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka. Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun. Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

NOTA BIGFISH: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu. :)

Friday, February 17, 2012

Ikan Keli Bakar Air Asam


As-Salam....fuhhh menggiurkan hubbyku makan suke beno...berseleranya dia masyaallah....kitorang mkn air asam ni buat kuah je....hahaha...


ikan keli ni aku bakar gitu jer, buh ckt garam, kunyit, cili boh...xbalut dgn daun pisang pun...tu yang geseng ckt tuh..jnji sodap.


pestime aku wat air asam menjadi...buh air asam jawa, garam cikit, gula ckt, asam limau.... dadukan tomato, bawang, cili padi...fuhhh lawan ngn nasi panasss amacam?


mcm merah2 pun sebab cili....

Thursday, February 16, 2012

HANGER TUDUNG AWNING UNTUK DIJUAL - DAPATKAN SEGERA

Assalamualaikum kepada anda semua para muslimah..



Saya ada menjual HANGER TUDUNG AWNING untuk para muslimah di luar sana, seperti gambar di bawah...



SET HANGER
1 HANGER BESI 17 LUBANG & 17 PCS HANGER KRISTAL BERKLIP = RM35..
+
1 set hanger postage : RM8 (semenanjung)
2 set hanger postage : RM10 (semenanjung)
 (1 set hanger seterusnya postage : tambahan RM5)
@
1 set hanger postage : RM12 (sabah & sarawak)
2 set hanger postage : RM20 (sabah & sarawak)
 (1 set hanger seterusnya postage : tambahan RM10)



Ianya memudahkan proses pemilihan dan penyimpanan tudung anda.

Koleksi tudung anda akan lebih kemas/ tersusun dan memudahkan pencarian..


Boleh dipusing mengikut keluasan almari anda..hanger ini boleh menyangkut 17 helai tudung ...jimat bukan?

contoh replika


Tunggu Apelagi....
DAPATKAN SEGERA SELAGI STOK MASIH ADA..


BERMINAT...HUBUNGI SAYA = 017- 6961834 (AZIRA)


Note : 
SEMUA SET YANG DIPESAN AKAN DI POS "SETIAP HARI SABTU"



Wednesday, February 15, 2012

Kuih Cara Manis


As-Salam....kuih cara aku tu seakan tengah tersenyum....ekekekeeee...kiut sgt...like...kalo aku buat lagi hangit (perang) ckt lagi cun kan..

meh kite blajar camne nk bikin ini kuih...mula2 u olls sediakan adunan dia dulu...aku buat ni pun aku refer kat blog resepiraidah.blogspot ...



then, curahkan ke dlm koli panas...koli ni spesel aku beli kat syarikat E-GREASE ...kalo kat supermarket xdo jual koli ni....camno nk contek org koli ni leh tanye aku kendian ....adunan kena isi dlm botol senang xtumpah...kalo u olls main kaup ngn sudu je, xkellasss la kan...comot sey koli nnt, lagi 1 hal jenuhhhh



pastu tuangkan gula ikut tahap kemanisan anda hendak byk mane pun...selebet sudu gula aku...haha...sekali aku tgk mcm lubang congkak pun ade...ngokkk...yang kat hujung sekali tu jadi lubang ibu....ekekeke



then, tutup koli ni...biarkan beliau masak dalam 2 minit gitu @ sehingga lampu merah padam (kalo koli jenis aku ni la)...senang kalo pakai koli ni xyah pakai minyak...beliau mmg xmelekat okeh...xmcm acuan tembaga yang lame tu kena buh minyak, leceh eh


bila dah masak, hidangkan...u olls leh wat mcm2 nk hangit ke, nk xhangit ke, nk xmasak ke suma bole...suma atas kebijaksanaan dan kerajinan kite...



mcm contohnya atas kerajinan...haaaaa, yang ni edisi aku rajin la ni...aku main vol api kecik, makanya beliau masak sekata...keperangan...tp xcantik le kan...

yang kat atas tu aku main vol api sederhana,  xsekata kesan keperangan beliau tuh...cantik2 jer...kalo vol api besar aku xmain lak, sebab takut terhangittttt time main tgh curah gula kat lubang yang lain.....ekekekeke

aku tempek resepiraidah.blogspot sini ekkkkk...korang buat ikut kesesuaian koli memasing erk...

KUIH CARA MANIS

Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Monday, February 13, 2012

Kenduri Maulidur Rasul Suka Suki Akuuuuu

As-Salam...haha, bukannya aku buat sempena MAulidur Rasul, tp secara kebebtulan aku buat makan nih cuti 4 hari time Maulud Nabi baru ni, jadinya aku buh le tajuk gitu...ekekekke...ekceli aku dah lame dah niat makan nih, nk buat sate dah berzaman dah dlm pale hotak aku nih sampai hubby aku pun muak dah mendengarnya..sate, sate, sate.....hehe...makanya setelah berbualan maka tertunailah jua hasrat ku ini...




dapatlah sate dlm 90 cucuk, 2 ekor ayam....hehe..oh ye, utk kenduri aku jemput keluarga akak ipar aku datang beramai2.....buat makan pagi....pembantu aku utk kali nih adalah K.La ku....biase kenduri sebelum2 nih aku buat sorang je, kebetulan K.la ada di rumah , makanya aku kerah beliau sekali dlm menjayakan...ekekeke

aku bakar sate dlm koli letrik non stick jenama E-Grase yang penah aku paparkan sebelum nih....korek balik label 'toys' ye.


nih kes gas dah abes tu pasal kena goreng dlm piyuk letrik nih...huhuuh....ade bagusnya juga goreng dlm piyuk  nih, xle hancur bergedil ku...eh, silap bergedil K.la yang buat...



sementara k.la membakar sate, tugas aku menyiapkan aksesori2 utk Kuah Soto nih....hehe, ade bergedil...eh, mkn ngn telur jeruk @ telur masin tau !!! sedappppp~~~  telo jeruk aku hangkut dari Jerteh time balik kg ritu...sebotol 20 bijik RM14.00... haha..pueh hati


nih dia sate K.la....sedap...aku blend bahan2 kisar agak kureng hancur, so mkn agak berabuk jugaklah jintan dia xhancur..haha....lagi kick kannnnn...nasi impit dipotong oleh hubby...abeh sampai hubby pun aku kerah utk menjayakannya....ala mende senang beliau boleh buat sambil nengok HBO beliau tuh...xsusah mane pun...duduk je...



kuah kacang pun K.La yang buat....rasenye sedap...malam tuh aku hirup gitu je kuah tu...hehe...agak selekeh kan aku..



aku pun ade jugak buat tau....Puding Roti dan Kuih Cara  by me.....hehehe..



puding roti ku sedap betul kate Adibah....hehe...kali nih aku buat puding nih xblend roti, aku main campak gitu...lagi bez makan gigit roti kannnn...



close up kuih cara manis...bangun kul 5.45 semata nk buat nih siotttt....terpaksa buat kuih ni awal coz piyuk dia nnt nk pakai bakar sate lak...hehe..tp loyang yang berlainan la...ibu je sama..


tetiba je kamera aku problem tgk la silau semacam je....huhu...sampai skrg aku masih xtau ape puncanya....



Kuah Soto by aku...



selepas kuarga kakak ipar aku dah balik, tiba2 tetamu yang paling last nih pun sampai ler...si adikku Siti dan kawan dia, Najwa dan si Pija datang atas jemputan aku...si Mek Nor xdtg psl ntah le dia, korang tanyelah sendiri dia erk....mereka makan sambil dilayani oleh bibik aku merangkap tukang masak aku iaitu K.la....time nih aku bz xleh layan dorang pasal aku dan hubby sibuk berkemas kabinet dapo diserang anai2...

ciiiisssssssss ko anai2, ko serang kabinet yang lain lak erk, aritu ko serang kabinet lain....haruuuu kitorangggggggggggg !!!! arrrgggghhhh tensen !!! aku perasan kes anai2 terbaru nih sewaktu aku mengambil teko utk mbuat air utk kuarga K.Zuni...apelagi pas dorang balik, kitorang memunggahla kuarkan suma barang2, kasi sembur itu racunnn laaaaa