Monday, December 31, 2012

Toys Baru n Bingka Labu...


As-Salam... kiter ade Toys baru .... pemanggang ikan ajaib keluaran syarikat Menang...mmg byk benda alah ni di pasaran, mcm2 jenama, tp sy hanye minat pd cap IKAN dari Menang Glassware shj! pasal aper? dialah yg ori, yg lain suma meniru dia jeeeeee....berharga RM129. sekali amik 4! utk beri pd mak, mertua, hadiah kawan kawin dan utk umah aku sendiri!.. gadget dapo aku mmg minat, gadget2 teknologi, mcm henpon ke hape ke, kiter pakai yg mano hado jelah...jnji buleh call, sms udah...



memulakan projek! bancuhan bahan2 dimasukkan ke dalam pemanggan ini...mcm2 boleh tau, jgn inagt leh panngang ikan jek..buat kek boleh, bingka boleh, steam boleh, mcm2 r...


aku buat Bingka Labu...yeaaahhhhh, dh masak dh..guna api perlahan, kira2 sejam... boleh dipusing2, xpusing pun xpe...dia masak menyeluruh....bonda aku kat kg pun suka gadget ini..dia puji, katenyer cepat masak! dan xperlu menunggu lamo, kalau bakar ikan lah..


hot from the oven..eh oven, grill lah! 





nih bwk p ofis dan simpan dlm peti aias..esok boleh makan lagik! adat org duduk berdua, mane nk abis sekali harung... ok, tempek resipi erk..aku amik dari blog mat gebu

mat gebu buat taruk bijan kat atas, aku funyer versi xdek bijan! huhu...yg mano hado jelah!...


BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...
CATATAN MAT GEBU :- Lepas bakar tadi, mat grill kan dalam 3 minit macam tu bagi permukaan dia berkeraakkk 

No comments: