PUDING ROTI IRAFEN..
Salam semua... hari ini (isnin, 20 hb ade jamuan perpisahan sempena persaraan CC zaiton di ofis ku)...angin rajin datang, saya membuat puding roti utk dinikmati bersama...atas permintaan ramai, (sedap kott), saya kongsikan resipi...hari jumaat ni, dorang suh saya buat lagi....huhuhu...BAIK...
Bahan- Bahan:
- Sepeket serbuk agar2
- 250g gula
- 3 biji telur
- 1 liter air putih
- 5 keping roti
- 1 tin susu cair
- Setitik Esen Vanilla
- 1 biji Bunga Cengkih
- Pewarna Hijau dan Merah
Cara membuatnya :
1. Kisar roti bersama susu cair dan telur.
2. Masakkan serbuk agar2 dengan gula dan air putih di dalam periuk..Kacau..agar tidak berketul..biarkan mendidih
3. Masukkan adunan kisar ke dlm periuk, masukkan bunga cengkih dan esen vanilla..Kacau selalu, agar tidak berketul sehingga mendidih..
4. Setelah masak, tuang 2 senduk ke dalam 2 bekas ..masukkan pewarna hijau dan merah dlm bekas yang berasingan..kacau agar warna sebati..
5. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang...
6. Masukkan adunan pewarna hijau dan merah ke dlm loyang yang telah diisi lebihan adunan tadi...sekiranya pekat, anda boleh mengacaunya sekali lalu agar adunan pewarna tadi dpt menyerap ke dlm master adunan (warna original).
7. Biarkan adunan sejuk seketika, sebelum dimasukkan ke dalam peti ais..SIAP..
2 comments:
comel sgh puding roti ni...betul ke ini hasil tgnmu?...konpius...hehe...jgn mareeee
knp, xpercaye???? haha..jolo la bunga.. air tgn aku...
Post a Comment