Sunday, January 16, 2011

Dalca Daging



Salam..iera masak Dalca Daging niey utk dipadankan dgn Nasi Tomato yang iera buat semalam... uols nk tau, ni la 1st iera wat Dalca tau...xpenah2 lagi wat sebelum ni...Alhamdulillah percubaan iera berjaya..hasilnya tidak mengecewakan..sampaikan Juri iera ckp sedap...hehe... iera tgh kembang semangkuk niiiii...



DALCA DAGING ni iera xmasukkan Kacang Dal, coz iera xsuka kacang dal kalo dlm dalca, jadi muakkkkk....so, iera yang buat dia, pandai2 iera la kannnn...hehe..utk menu ni iera rujuk My Resipi..kat sini ye.. bahan nya iera oterkan cikit ikut bahan2 yang ade kat dapur iera ye....


DALCA DAGING
Bahan-bahan :
  • 200gm Daging lembu
  • 3 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 2 inci kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang lobak merah potong bulat
  • Kacang panjang, dipatah2  
  • Terung    
  • Sebiji ubi kentang, di belah 6
  • sebiji buah tomato, dibelah 4
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair
  • Cili  Hidup Merah, Cili Padi Hijau 

Cara-cara:
-  Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan
    segala rempah ratus  sehingga naik bau.
-  Masukkan rempah kari dan kacau.
-   Masukkan daging dan gaul mesra. biarkan empuk.
-  Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk. masukkan santan cair.
-  Masukkan lobak, kacang buncis, terung dan cili merah & hijau.
-  Tuang santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato
    sebelum diangkat.


Nota : Tuan punya resipi xmasukkan terung dan cili, tp iera masukkan terung dan cili...so, kat menu tu iera dah oter siap2 ok.


No comments: