As-Salam...ekceli aku xterpk pun nk buat cakoi..tp bile kakak aku duk pomot yang dia salu wat cakoi je, teringin juga aku hendak menerai, amik respi dari dia...xmenjadi la beb, rase ade rupa xde...tersilap ckt je adunan dia drp sepatutnya, dah le tu lembik semacam sampi kena kaut ngn sudu jadi cekodok lak...ape kes tuuuu....huhu
bile aku google sendiri, makanya aku jumpa blogger terkemuka MamaFami ..aku dapat tau cakoi mamafami ni pun dari blog ros jintan manis
PANDANGAN DEPAN
aku ikut step by step sebagaimana di ajar mamafami...nk tau caranya klik cni ye ... hasilnye camtu la...tp aku rase nnt aku nk buat aku nk buh telo sebijik la...sekali ngn putih telo, kasi dia lagi kembangggggg
PANDANGAN SISI @ TEPI...posing ngn penapis minyak lagi uuuuu...wakakkkakkkk...malas aku nk letak dlm pinggan hehhh
konon2nya camni lo caranya...letak 2 keping adunan tu, tekan ngn chopstick..hahaha..mamafami ajar tekan ngn lidi, tp aku xde lidi, pakai je chopstick yang kawan hubby bagi adiah kenangan dia beli kt Jepun tuh jauh terbang chopstick aku...tu ler satu2 nya punnnn aiii ...nasib baik ado, kalo x, aku tekan je ngn batang sudu hahahhaha lagi haruuu
bile dah nk goreng, tarik ia memanjang yer...aku separa tarik je tuh, redi nk masuk dlm koli, tarik lagi agar dia xmengendur semula
dah abes masuk mulut aku dah pun...
pulak tuh aku google nk wat sos dia, baru bez mkn ngn sos cakoi...aku jumpa lak kat blog izah daut.. sng je nk buat ni...baru nyaman bahhhhh
Izah kata kacau pekat2 manja je...hehehe...aku lak mcm terpekat je..huhu ...xpe, camne kite wat, leh oter kannnn..hanye tambah air.
mmg sedap cakoi cecah sos manis pandan ni...cubalah !
CAKOI - MAMAFAMI
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

SOS MANIS - IZAH DAUT
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.
Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.
2 comments:
Nampak je cakoi, trus nk menjenguk sbb lama dh tak makn cakoi. Faberett.. Tingat masa dolu2, ada satu gerai yg jual cakoi ngan sos manis dia.. Aduhaiii sedap sangat sangat..tapikan cakoi tu comel la. Saya nyer cakoi stakat boleh dilihat jela. Kiranya ktogori lulus je. Tapi bukan A. Hehe
lulus oun kategori okei la. kan..hehe...xjemu mkn cakoi ni kak
Post a Comment