Wednesday, July 6, 2011

Aiskrim Goreng


As-Salam...Aisklim Goleng Aisklim Goleng....wah mcm bez jer bunyi, tp mane nk dpt...susah..xbyk kedai yang menjualnya..so, lebih baik bikin sendiri..sedap xsedap senirik mkn laaaa
  


Rupanya senang giler buat ni.. mula2 spraykan dulu roti ngn air kasi basah ckt..amik aiskrim letak atas dia...then, letak sekeping lagi roti ke atasnya...pastu, amik bekas buat benjo yang bulat tu, tekankan sampai putus roti td...jika terbukak juga, tekankan dgn jari, kasi kelim mcm kelim karipap tu...hikhikhik.. simpan dulu dalam peti ais selama 3 jam, n goreng ke dalam minyak yang betul2 panas sehingga kuning keemasan..



TADAAAAA.... sedap, garing n rangup je...aiskrim lak kecur dlm mulut.. amik resipi dari hana memories

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak

 
Cara-cara:
  1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu  supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.


No comments: