Wednesday, May 9, 2012

Peluk Lebih Nikmat...

Perkahwinan dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ungkapan sayang sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.

Bukan itu sahaja, berkomunikasi denagn baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang', 'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.

Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.

Selain itu tahukah anda, bahawa pelukan juga bolehmembuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?

Bagi isteri, pelukan merupakan betuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.

Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya, para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru Dr.Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa 'kalam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.

Ini kerana jelas beliau, bagi suami pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka dipeluk.

Pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami isteri. Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.

Pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher belakang badan atau pinggang.Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata sentuhan mesra dan beberapa gerakkan tubuh lain.

Oleh itu mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai bertalian kasih sayang yang mesra.

Bagaimana pun, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan. Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian.

"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan salam satu hadis Rasullah s.a.w memberitahu, barang siapa pulak yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi,(riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelukan jugak akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram. Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan keriasuan.

Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.

Namun apa yang lebih baik bagi suami dan isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.

No comments: