As-Salam...hujung minggu yang indah aritu aku buat nasi ketumbar...terliur tgk nasi ketumbar k.nor secubit garam , terus la aku godek..kebetulan daun ketumbar pun ade...wat ni, semudah dan sesenang walllahhhhh
k.nor buat ayam masak merah berempah, tp aku buat Ayam Masak Merah MADU ..haha, madu tu bubuh jela... rase nasi ni sedap betul !! mcm bau tomyam pun ade...yela kan daun ketumbar tu org buh dlm tomyam kannnn...
haha, sebenarnya menu aku bukan ayam merah madu jer, tp ade lauk sampingan yang lain..hehe..ade sayur kcg tempe, & ayam kg gulai lomak ngn pucuk ubi...sedap beb!
nasik ni aku buat byk, besoknya aku godek pulak Nasi Ketumbar Goreng .. haha.. pinggan aku ni..harus ade timun dan bawang goreng tau..udang kek aku 3 ekor
nih pinggan hubby lak, dia jenis xmkn timun. dia mkn tomato je buat ulam. aku lak jenis xmkn tomato, suka timun je..haha, elok la 2 org ni kontra..xabess ckt timun aku ... pegi kedai, timun utk aku, tomato utk hubby..
dah tu beliau punyer udang aku buh 2 ekor jer, sebab beliau jenis allergic.. xleh mkn seafood byk sgt..pas beliau minum MONAVIE, baru leh sentuh udang..tp tu pun aku catu2 udang kek beliau, xyh mkn byk sgt.. gatal lagi kang ! haruuuu
bawang goreng lak xde kan...beliau kurang gomar bawang goreng nih..hapak n keras katenyer ! ade ke patut..? peberet aku tuh !
tempek respi k.nor nih yer...
Bahan:500g beras
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam
Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..

No comments:
Post a Comment