Sunday, January 16, 2011

Ayam Masak Merah Versi Sherry




Salam semua...haha, seperti blog masakan pula ye, ni la xtvt iera tika d hujung minggu..mencuba pelbagai masakan yang berkenan di hati..AYAM MASAK MERAH VERSI SHERRY ni iera tgk kat blog K. Umi Kuantan...nampak k.umi buat sedap jer...nk cubalah...so, ini la hasilnya...hihihi...k.umi lak cedok dari si SHERRY ni laaa...klik ok. .. memang sedap kan K.Umi  mohon C&P ye..hikhikhik..



tayang gambo luuuu...

Sebelum itu, nk gtau iera derhakakan sikit bahan2nya, ikut selera tekak iera.hihihihi...bole gtu yer???


Resipi   :    AYAM MASAK MERAH

Bahan :-
  • 1 ekor ayam (dipotong 12)    (iera xbuat 1ekor, tp iera wat separuh jer, bagi sape yang wat kureng dari ni, silala oter sendiri ye sukatan bahan tuu)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
  • 5 biji bawang merah )
  • 3 biji bawang putih ) ditumbuk
  • 1 in. halia )
  • rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 sudu makan tomato puree
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam maggie     (iera xletak pun)
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)         
  •  minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
  • 1 tin kecil kacang peas       (iera xletak pun)
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang           
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  6. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  7. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.
#Nota - Ayam masak merah versi Sherry ini mmg tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja, sebab itu memerlukan minyak yg lebih sedikit untuk menumis.    ( iera guna air jugak, sikit jer, hihihihiiii)


Jemput makan...

No comments: