Sunday, January 16, 2011

Nasi Tomato IRAFEN


Salam...untuk n3 ni iera nak masukkan Nasi Tomato IRAFEN..knp irafen????  irafen niey saje2 jer, nama suke suki ira jer..hihihihiiii..ye ker??

Kite cek resipi yer...ni iera wat2 senirik, kiranya ni percubaan kedua, coz time tanak yang 1st, dia prob..so, iera bega2 senirik la....hhuhuu..asalnya ikut resipi org, bile dah xmenjadi, iera ikut stail iera jer...tu pung dah majuk2 dah xnak wat, tgk2 dia leh kembang balik berasnya pdhl jelatah sebelum tu...cam tau2 je nasi ni  tuan dia gah majuk..


Resipi : NASI TOMATO IRAFEN

Bahan :
  • Beras 3 pot
  • rempah 4 beradik
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Planta 2 sudu
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • 3/4 sos tomato @ tomato puree
  • susu cair sedikit
  • air putih

Cara2 :

  • tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah 4 beradik dengan planta hingga terbit bau.
  • masukkan air putih sedikit dan kiub ayam, biarkan hancur..masukkan susu cair sedikit garam
  • alihkan bahan ke dalam periuk yang berisi beras yang sudah ditoskan.sesuaikan sukatan air.masak seperti biasa.
  • setelah air kering, masukkan sos tomato 3/4. gaul rata. biarkan nasi masak lagi..
  • setelah nasi masak, biarkan 20 min..kemudian, gaul lagi biar mesra...selamat mencuba.

Tip   : Jika menggunakan rice cooker, selepas masukkan sos tomato, jika rice cooker anda memberi isyarat 'warm' (pdhl nasi lum masak sepenuhnya), anda perlu tambahkan sedikit air, gaul mesra, biarkan shj periuk dlm keadaan tertutup, insyaallah dia akn masak kemudian kerana pengewapan yang berlaku..



nasi tomato ini iera padankan dengan dalca daging dan ayam merah..utk resipi dalca daging, bole rujuk sini
dan utk ayam merah sila rujuk sini... sekian dulu.

No comments: