Thursday, September 20, 2012


TEMPAHAN ONLINE UNTUK IBADAH QURBAN DAN AQIQAH



Assalamualaikum kepada korang sumer…hari ni aku nak citer pasal qurban online @ equrban..Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar.. Mari kita lihat definisi QURBAN

DEFINISI QURBAN :
Maksud ibadah QURBAN ialah apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya Aidil Adha. Asal disyarakkan untuk ibadat korban ini melalui firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Kauthar yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” Surah al Kauthar

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa Nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua lutut baginda di atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya..

HIKMAT DARIPADA PENSYARIATAN IBADAH QURBAN
1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.

3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daginmg-daging korban yang disedekah.

4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh bermasyarakat




HUKUM IBADAH QURBAN

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :

Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.

Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.

Kalau kita tengok banyak ibadah korban dan aqiqah telah dibuat di Malaysia ni sejak dulu lagi. Sering kita lihat ibadah korban diadakan masjid-masjid dan surau-surau di mana 2 ekor lembu, 5 ekor lembu, malah juga 10 ekor lembu (atau lebih) telah ditumbangkan bagi melaksanakan ibadah korban ini. Namun, kita kadang-kadang terlupa dan alpa bahawa kemewahan yang melimpah ruah di negara kita ini tidak pernah dirasai oleh umat Islam di sesetengah negara lain contoh paling hampir Kemboja.

Di Malaysia pelbagai jenis makanan dapat kita temui. Apa yang xde kat Negara kita ini..Sebut saja makanan apa yang kita nak, semuanya senang je boleh dapat..Dari menu makanan utara, makanan pantai timur hinggalah makanan sabah & serawak..semua ada..kedai-kedai makanan ada di merata-rata.

Tapi pernahkah kita terfikir keadaan bagaimana pula dengan nasib saudara muslim yang berada di lokasi kampung pedalaman yang daif seperti negara Kemboja yang sebahagian besar umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali..tue pun kalau ada daging...

Dengan itu, pihak  EQURBAN RESOURCES SDN. BHD  telah mewujudkan satu Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan. Setiap penyertaan korban akan dilaksanakan di Kemboja. Untuk satu bahagian lembu hanya RM230 sahaja, atau RM1,600 untuk satu ekor lembu. Untuk satu ekor kambing pula hanya berharga RM500. Pesanan atau tempahan boleh dibuat secara online mulai sekarang dan sebelum Hari Raya Aidiladha 2012.

Pihak EQURBAN RESOURCES SDN. BHD  menyeru semua umat Islam di Malaysia termasuk Indonesia, Singapore, Brunei dan negara-negara lain untuk mengeluarkan hanya RM230 (atau 80 USD @ 95 USD) nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban di Kemboja. Insyallah ganjarannya adalah syurga dan limpahan rezeki akan di beri oleh ALLAH SWT yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang sebanyak RM230.

Semoga korang sumer dapat laksanakan ibadah korban ini dengan seikhlas hati untuk dapatkan keredhaan ALLAH SWT. Insyallah, ALLAH SWT akan tunjukkan kita jalan untuk selesaikan masalah yang ada.


CARA BUAT PESANAN/TEMPAHAN QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA SECARA ONLINE



  • Layari laman web klik sini : eQURBAN.com @ klik banner yang ada di atas ..
  • Klik pada menu “TEMPAHAN”
  • Pilih jumlah bahagian korban yang ingin dilaksanakan
  • Buat bayaran di kaunter bank atau secara online ke nombor akaun bank yang telah dinyatakan dalam laman web
  • Setelah bayaran dibuat, kembali ke menu “TEMPAHAN” di laman web dan klik “BORANG BUKTI PEMBAYARAN”
  • Dalam borang bukti pembayaran, sila masukkan NAMA, EMAIL, NO. TELEFON, BUKTI BAYARAN dan NAMA PESERTA QURBAN

JIKA BERMINAT UNTUK IBADAH QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA BOLEH HUBUNGI :

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U)
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
OFFICE : 03-8926 3575 / 03-8926 3593
H/P : 014-3283504 (Yusdi)
H/P : 019-762 3960 (Farizal)


Tuesday, September 18, 2012

MALAYSIA PAYPERCLICK


HANYA KLIK - KLIK !!! UNTUK JANA PENDAPATAN 



HAI SUME !!! Hari ini saya nak kongsikan dengan korang semua macam mana nak dapat duit @ wang dengan senang..memang senang giler... Saya dah pun menerima duit @ wang melalui program perniagaan payperclick ni. Dapatla duit ciput-ciput je...Senang jek kerjanya.. kerja kita mengadap laptop dan click saja iklan yang ada dalam website tu. Kerja click saja.. klik iklan sana, click iklan sini..klu korang nak tau apa yang nak di KLIK NYER tu meh aku terang kan..

MALAYSIA  PAYPERCLICK ?

1.  Malaysian PayPerClick adalah merupakan syarikat pengiklanan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah pendaftaran Marketing Global Net(SA0157745-T), yang berasaskan perkhidmatan pengiklanan secara online dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi membolehkan pengiklan mencapai ribuan pelawat dari Malaysia dengan menampilkan iklan mereka di halaman Malaysian PayPerClick.

2.   Perkhidmatan iklan ini adalah terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja dan sesuai kepada pengiklan yang inginkan “target market” pelanggan dalam malaysia sahaja. Apa yang cuba diketengahkan oleh Malaysian PayPerClick adalah ingin memperkenalkan satu khidmat iklan yang murah, pantas, berkesan dan pelbagai aneka pilihan iklan mengikut citarasa serta strategi pengiklanan.

BAGAIMANA CARA NAK DAPAT DUIT TUE?

MUDAH JER....Satu iklan yang di click ada harga yang berbeza ada harga 10sen, 30 sen, 1sen dan lain2. Bila kita click iklan tu kita dapat duit. Click iklan satu lagi dapat duit lagi!! Maknanya kene kumpul duit yang kita click iklan tue..YANG PENTING KORANG KENE SABAR & RAJIN CLICK IKLAN YANG DIORANG SEDIAKAN

CONTOH PENDAPATAN JIKA ANDA CLICK IKLAN

» anda click 20 ads/ iklan sehari = RM 0.6
» 90 referrals click 20 ads sehari = RM 18
» pendapatan harian anda= RM 18.6
» pendapatan mingguan anda= RM 130.2
» pendapatan bulanan anda = RM558
» Pendapatan tahunan anda = RM6696

DUIT TUE NAK AMBIL CAMNE?

Haa.. setelah kita dah klik iklan dan kumpul sampai RM10 kita boleh dah transfer duit tu ke akaun bank kita.

BERAPA MODAL YANG DIPERLUKAN ?
Modal??? mana de guna modal.. FREEEE jek. Register percuma jek. hanya klik je iklan yang diorang beri..

Soooo... apa tunggu lagi meh DAFTAR kat banner nie




Lepas dah DAFTAR masuk " KLIK PADA LINK DISINI "...Sila Lawati BLOG diorang lak " http://payperclick.com.my/blog/ " untuk tengok cara-cara nak click iklan n dapat duit.

Tutorial Tiramisu Coklat Parut n Agar2 Oreo Lapis Milo...

As-Salam...kedua2 desert ini aku buat time Jamuan utk kawan2 sabtu aritu.... dek kerna ramai yg menanya respi nih, iaitu Fizah, Tuty n Nuri...makanya aku tempek kan n3 ni...kiki..kebetulan...., pdhl mmg aku prepare tgkp gmbr siap2 dh pun, mmg niat di hati nk masuk belog pun! alasan jek kan org menanya....kikikiki

aku rujuk respi nih pun kat byk2 blog...korang google je la 'TIRAMISU'', insyaallah tidak mengecewakan! utk lebih mudah, aku tempek respi dari myrespi...klik sini... .. sebelum nih aku penah buat aziraibrahim.blogspot.com tiramisu-simple-mimplesedap-bangettt.html   ok, kite check bahan yg diperlukan!



Bahan-bahannya adalah :- 


1. CREAM CHEEZE - any brand

sumber : mr. google ....
u all beli brand ni yer...kat supermarket dlm RM12.00, tp kalo nk murah, beli kat bakery shop juz RM8.00 gitu....

#EMBORG WHIPPING CREAM (TETRA PACK)
2. WHIPPING CREAM - any brand

sumber : Mr. Google..
yg nih harga sama je, xkira supermarket ke bakery kedai ke...sama...dlm RM7.00 gitu...


selain tuh, boleh juga kalo korang nk pakai brand lain pun...waktu aku buat 1st time ritu, aku pakai cream cheese brand Tatura dan whipping cream Anchor...sedap jugak...  jamuan aritu aku pakai kedua2 brand yang kat atas... (Philadelphia n Emborg )

 
nih contoh cream cheese brand Tatura n whipping cream brand Anchor....yg dlm koleksi aku sebelum nih...


3. GULA CASTOR - secawan jek ! tp aku bantai jek gula pasir biase...ekeke...bile kite mix, dia hancur jugak!

sumber : Mr. Google


4. KEK SPAN - any perisa

sumber : Mr. Google...

alah, korang beli jek kek span bodoh yg jual kat supermarket tuh...yg berlubang kat tgh2 tu...rege RM5.00 gitu...

5. SERBUK KOKO
sumber : Mr. Google



6. NESCAFE O secawan.. - tanpa gula
sumber : Mr. Google

amacam..sng banget bahan2 dia kan.....moh kite membuatnya...


mula2, u all mix dulu gula secawan, whipping cream n cream cheese..mix sampai dia betul2 sebati n kental

selepas tuh, potong kek span mengikut bekas anda.. air nescafe tadi boleh curahkan/titis pelan ke atas kek..@ letakkan 2 sudu air nescafe ke atas piring, then, celupkan kedua2 muka kek span..depan n belakang..korang fhm x ni?????  jgn celup terus ke dalam cawan lak...nnt cepat abes sebab kek span kan berongga beso..haha...abes serap nnt...lagipun kek basah amatlah xsedap okeh.


susun kek span yang telah di celup/ dititis air nescafe ..ini adalah LAPISAN PERTAMA...


then, cream yg telah di mix adi, korang lapiskan atas kek span tadi...ini LAPISAN KEDUA....tinggalkan baki utk lapisan seterusnya erk.jgn dituang sekali harung..naya!


ulang spt langkah sebelum ini...celup/tits lagi kek span dgn air nescafe..susun ke dalam loyang..ini LAPISAN KETIGA


last sekali, masukkan cream cheese tadi ke tas nya...ini LAPISAN KEEMPAT


akhir sekali taburkan serbuk koko ke atas nya ...LAPISAN KELIMA.. SIAP!!! senang banget...simpan dlm petia ias selama 4 jam @ semalaman, sedap dimakan sejukkkkkk..SELAMAT MENCUBA!!!!


saje aku hias dgn coklat parut aritu...lapisan yg nih xpenting pun...saje tgn gatal...n edisi mengabiskan coklat masakan...kikiki..cantik n sedap jugak...



udah aku mmg terlebih rajin, makanya aku membuat Agar2 Oreo Lapis Milo.... aku rujuk resipi disini - hana.. dan disini -along roz..tutorialnya xpayah lah kan...korang baca resipi kat sana jela...


sengaja aku buat lapisan oreo kat atas, apsal aku nk campak 10 ketul bulat2 kat atas tuh..kiki..kalo aku campak atas lapisan milo, xlawa pula....


lapis milo katakan....


menari2 tiramisu ku dan agar2 oreo dlm esbox.... yg bekas kuning tuh sebekas utk ibu mertua ku...agar2 oreo...tiramisu selamat abiiissssss, nasib baik agar2 oreo aku dh separate awal2...hehe

Thursday, September 13, 2012

Laksa Sarawak


As-Salam...1st time mencuba laksa sarawak...sennag membuat dan sedap nya! asalkan ada perencah, senang aja... bile google cara membuat laksa sarawak, tgk wah mudah je terus aku buat...ekceli bukan nk buat sgt pung, tp disebabkan Mr. F dh beli perencahnya, terpaksala aku buat...jom kite cek


 

inilah pes dia..Mr. F dh beli hampir setahun lalu...lama giler aku peram..siap bebel2 lg kat dia, "knp beli benda pelik2...saya xpandai nk buat, xbiasa buat buat benda yg xpenah saya makan".....aku tgk beliau pun mcm serba salah jer...huhuhu...hendak dibuang sayang, aku biarkan jer...ntah camne 1 hari tu aku ter pk nk google resipinya...tgk kat Hasue, lohh senang bangat! bile dh buka peknya, tgk2 dh siap resipinya di dalam pek..buat penat aku google jelah! kendian, aku ckp kat Mr. F nk buat Laksa Sarawak, dia plk perli aku "ai, aritu kata xnk buat..." sambil sengih2 kambing! 

kuahnyer, juz tambah santan, air, garam, gula....


ini saje rencahnya....ayam goreng disiat2..(agak kasar siatan aku), telur yg didadar ( xelok rupa telo dadar aku, sebab tebal2, sebab aku tuang minyak banyak..semua dia tenggelam dlm minyak, kikiki, lepas tu potong2 yer..), dan udang goreng yg telah dibuang kulitnya!



ini cara hiasan nya ... letak dulu bihun...oh yer, laksa sarawak ni drp BIHUN, bukan laksa yer...nama je laksa, benonya bihun...  letak dulu bihun dalam mangkuk, masukkan kuah...letakkan telo yang didadar, ayam disiat, udang, taugeh, daun ketumbar dan wajib ada sambal belacan baru bez!





Tuesday, September 11, 2012

Sambal Belacan cara sayaa


As-Salam...wah, pekat belacan gitu....ini sy buat sambal belacan stail KL, kalo stail pantai timur bukan gini...ianya sambal merah, belacan sikit jer..tp kalo KL style, jadi sambal gelap/mcm coklat ckt, dek penangan belacan..hehe  SUPAYA IANYA TAHAN LAMA, ini cara saya.... selepas kite blend kan cili merah, cili padi dan belacan yang telah dibakar, masakkan sekejap dlm 3-5 minit bersama garam dan gula..selepas itu, angkat, perah asam limau kasturi beserta hiris kulitnya, kemudian gaul...


insyaallah, ianya tahan 2 bulan di dalam peti ais selepas dimasak skejap....kalo xmasak, tahan 3 minggu jek, dh naik kulat! alahaiiiiiii...melainkan sambal merah versi Trg yang bonda aku buat, x pyh masak pun tahan 3 bulan! masyaallahhhhh...serta merta teringat, meleleh air liur ku...



bukan ape aku buat sekali byk, sebab malas nk mengodek sambal belacan setiap minggu...duduknya berdua jer, bukan abis pun...so, disebabkan malas nk buat 'runcit-runcit', inilah cara saya! nk mkn anytime jer tersedia dlm esbox...xpyh nk stress2...hehe






Monday, September 10, 2012

Roti Goreng Telo


As-Salam..nih ntra nk percepatkan abis roti yg xabes...haha..percepatkan erk...caranya, potong roti gardenia 4 segi..(dpt segi2 yg kecil), kendian celop dlm telo yg dikocak, dlm telo tu buh r garam cket...pastu goreng dlm minyak yg panas....


boleh dicicah dgn kuah kari @ mkn begitu saja...sedap, garing2 telo


selain garam, boleh jygak buh paprika atau cajun kalo nk pedas.... sedap gigit aih!

Friday, September 7, 2012

Nasi Arab la pulokkk


As-Salam..menikmati Chicken Mandy kat Saba' Restaurant di Setiawangsa. dlm bulan pose ritu...sebelum nih dh try Ar-Rawshah Restaurant dari Iran..skrg try Saba' dari Yemen lak...pd firasat aku, sedap lagi Ar-Rawshah...yg aku amik ni utk 2-3 org mkn juz RM17 gitu...xmahal..mmg berbaloi dgn 2-3 org mkn...chicken half...kalo individu makan, chicken quater RM 10 kot..

sedap sgt sambal dia...dan kuah gulai (gulai aku kata, xreti nk sebut ape, muahahhaa)


selain itu, kami oder sup kambing..sedap, xhamis langsung! dan juga benda ape ntah lufer...yg roti ish gulung dgn ayam..kira chicken bread roll la senang...haha..air, mcm biasa air tarik utk aku...Mr. F air Barbican xsilap...semuanya RM48.00 .... mahal + sedap = Berbaloi!

Thursday, September 6, 2012

Perbandingan Nasi Ayam Penyet

As-Salam..rata2 kedai jual nasi ayam penyet kan...mula2 timbul dulu aku mkn kat tempat kerja lama aku, kira2 6thn lalu....ade jual dekat gerai2 jer, oh ye! menu ni barasal dari indonesia yer! bibik indon yang masakkan kat gerai itu, wadduuuhh enak sekali.... bile ku dah bpindah tempat kerja, trkenang2 ku pd nostalgia itu...

setelah itu, byk pula restoran2 menawarkan nasi ayam penyet, maksudkan aku restoran yang telah dikomersialkan la..spt WONG SOLO dan AYAM PENYET AP RESTAURANT... kiranya, nih restoran ada kellass la, dan ada jenama dia sendiri..ada cawangan kat tempat lain jugak...mula2 kite survey nasi yaam penyet di Wong Solo dulu erk...


ehsan : google


ehsan : google.... ni la dalamnya...



kitorang pegi time bulan pose ritu...sambil menyoping kat sogo, terus buka kat sana dgn air tin dan kuih (tempat duduk penuh) jer, sebab mmg niat nk g dinner kat Wong Solo...jgn harapla kalo nk g buka kat Wong Solo terus, mmg penuh ramainya umat, kene g dlm kul 8.30 mlm lepas dorang nk abes buka..meh bagi kitorang sambung pulak yer... well, mcm biase lah aku p mane2 pun, mmg aku bantai teh o ais jek...ekeke... Mr. F pulak biase dia lah manusia yg suka mencuba air pelik2, mewah2, lain dari yg lain, tp ritu ntah mood dia hape mintak air sirap je...ekekkeke...sirap limau kat umah pun boleh buat bang oi...eh, same la teh o ais pun kat umh....hehehe



aku oder nasi yam penyet yg dh lama aku idamkan. sebelum pegi mmg aku ade survey kat tenet, dorang kata pedasssss sgttttt, bile aku dah cuba sendiri mmg pedas nk mampusssss...!! walaupun dh diselak2 cili merah tu pun, mkn ayam jer..tetap pedas..kiranya ayam tu sendiri pun pedassss..ntah dorang letak rencah ape ntah ler....mmg tobat la akuuuuu.. aku mmg penggemar pedas walaupun org trg, berbeza dgn Mr. F org N9, tp xsuka pedas (pelik)...tp yg nih over pedas nya! disebabkan mahal, ku telan jugak lah..balik umah terus sakit perut menyembur ! tang menyembur tu bez akibat kepedasan setelah beberapa hari xbuang...hehe..kiranya cili Wong Solo ni SUPER LAWAS laaaaaa...hahaha...LOL


nih pinggan Mr. F, dia oder ayam bakar..eh, bukan dia oder, tp aku yg suggestkan utk dia amik ayam bakar, sebbkan aku dh survey ayam penyet tu kan dorang kata pedas..bile Mr. F xmkn pedas, ku oderkan ayam bakar utk dia....disamping tu, bolehlah aku cilok2 pinggan beliau, dapatlah suma aku rase, ayam penyet dan ayam bakar....saling berkongsi...eh, aku rase bez sgt tau dpt suami yang boleh share2 makan tau, sebab ade member aku tu laki dia pantang disentuh/mengganggu pinggan dia di kala dia makan, terus spoil... tp Mr. F xkesah... asalkan nk try jer,  dia kasi..tp aku xzalim tau, aku kasik jugak aku punyer utk dia rase juge...

ayam bakar ni bagi aku manissss sgt la pulak...manis madu gituuuu..alahai ayam penyet over pedas, ayam bakar over manis lak...mmg aku tobat lah ! Mr. F lak mcm xde perasaan, layan je makan tanpa byk songeh mcm aku membebel2..peliknya, dia org N9 boleh time lak manis, aku org Trg xleh time lak manis nya! hahaha ...pedas n manis citarasa kami yg bertukar antara 2 negeri.


di sebbakan begitulah set ayam penyet n ayam bakar yang kering jek, xde kuah sup..mmg tercekik mkn kering, makanya aku oderkan sambal Cumi nih (sotong). ala padang... ini Cumi ha RM13.00.. mencekik!..aku request letak petai , tanyer dulu letak petai ade caj x? dia ckp xde caj, so cepat2 aku suh campokan sekali...

Keseluruhan mkn ayam penyet dan ayam bakar, air teh o dan sirap limau dan sambal sotong adalah kira2 RM45.00 .... erm, mahal jugak erk....  disebbkan pedas + manis + xberapa nk murah, maka aku isytiharkan itu la FIRST n LAST kitorang g sana... 

n
n
n
n
n
n
n

dibawah nih lak, kitorang mkn kat AYAM PENYET  AP, restoran ini dan Wong Solo adalah berdekatan saje di cawangan Permaisuri...


ehsan : google




ehsan : google...suasana di waktu mlm



ehsan : google : suasana dlm restoran di Permaisuri, Cheras



balik drp kampung Hari Raya baru ni, tgk stok dlm esbox xde, so aku ckp kat Mr. F mkn luar jela arini..selepas beliau jemput aku dari ofis (Mr. F masih cuti raya, aku je keje), maka spt dijanjikan kami ke Permaisuri utk menikmati Ayam Penyet AP ..dan sambil2 aku survey mane lagi bez dari Wong Solo..haha..jahat x... eh, kite customer harus menilai tau! 

aku mcm biase, teh o ais...Mr. F lak Manggo with Jelly... walaupun air beliau, aku tetap menerai..bez woooo jelly dia... tergigit2 ahhhhh...


kat cni kami dua2 oder ayam penyet, sebab kat cni xde ayam bakar.... yg ade Lele Penyet (ikn keli)...yg Drumstik n Tight dh tentu aku punyer...Mr. F beliau lebih gemar Dada ! utk restoran nih aku bagi 4 bintang... bez woooo ayam dia, xpedas... cili dia lak pedas2 manja gitu...xdela over pedas mcm restoran di atas tu.... dah last2 mkn baru terasa kepedasannya... time mkn rase pedas manja jer... Mr. f yg xsuka pedas pun, boleh mkn  dgn senang hati...


disebbakan set benda alah ni mmg xde sup , makanya aku oderkan sup Rawon (daging lembu)..sup dia ala indon rase, xmcm sup Malaysia...hahaha..sup nih murah jek ..RM5.90


keseluruhan kitorang makan dlm RM38.00... erm, kira ok lah jugak kan... sedap + murah...HARUS DATANG LAGI !


walau mahal, kalau benda sedap, xde masalah...yg bermasalah dah lah mahal, xsedap...mmg masalah la...yg masalah lagi dh murah dah, tp xsedap....nnt org kata patutlah murah, rupernyer xsedap...erm...alahaiiiii... kite yg hendak mkn, so pandai2lah kite pilih erk...of course aku pilih RESTORAN AYAM PENYET AP!